JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, August 13, 2010

PUASA YANG YANG YOK BUKAK PERIUK

Bila cakap pasal puasa ni, teringat kisah masa kecik-kecik bila mula-mula nak start puasa. Mesti anda masih ingat istilah puasa yang yang yok. Asal tengok orang lain segar aje mulalah kita cakap dia tak puasa. Masa zaman budak-budak dulu, sejam nak berbuka pun masih boleh main bola..entah dari mana datang energy tu pun saya tak tahu.
Bila saya start puasa penuh? Wakawaka...tu yang susah nak jawab sebab saya sendiri tak ingat. Mungkin darjah 5 atau 6 sebab saya masih ingat masa darjah 4, masa tu saya bersekolah di Johor Bahru, dengan selambanya bersama geng-geng satu kelas, pergi ke bilir air dan teguk air paip...masa tu lepas main bola waktu rehat. Balik rumah bila mak tanya puasa ke tidak, dengan selamba dan espression muka keletihan saya jawab puasa. Ada jugak pernah sewaktu saya dalam tingkatan 4 atau 5, masa tu bersekolah di MRSM dan apabila waktu berbuka, semua pelajar mengambil makanan dan duduk di kantin sambil menunggu bunyi azan daripada surau sekolah. Adalah pak cik mana daripada belakang kantin laung azan... apalagi, saya dan rakan-rakan yang semeja dengan saya terus makan kurma...rasanya adalah dapat kunyah 3,4 kali apabila member meja depan saya cakap belum masuk waktu lagi.... Dalam kantin tu pelajar lelaki dan perempuan kira bercampur...so, semua yang berhampiran dengan kita orang tengoklah kita yang tengah elok-elok je kurma kat mulut!! Sejak tu, group saya bila berbuka, kita orang duduk nunnnnnn jauh disudut tepi kantin.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails