JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, August 8, 2010

LEMON CHICKEN RICE DI PAK LI KOPITIAM

Pak Li Kopitiam Seksyen 7, S Alam
Hari ni saya lunch di Pak Li Kopitiam Seksyen 7 Shah Alam. Kawasan situ memang banyak tempat makan yang cukup enak. Sebelah Pak Li juga ada Restoran Wichuda yang terkenal dengan masakan Thailandnya. Di Pak Li saya order mee goreng mamak manakalan isteri order lemon chicken rice dan anak saya pula order chicken chop. Saya tak perlu komen pasal masakan diorang terutama Lemon Chicken Rice diorang yang memang sedap, begitu juga dengan mee goreng mamak. Chicken chop diorang boleh tahanlah. Tapi yang saya nak komen sikit ialah pasal service diorang yang tak berapa pro. Bayangkan saya boleh kira pekerja diorang ada dalam lebih kurang 25 orang dalam satu masa ...itu tak termasuk tukang masak sebab saya tak nampak berapa orang kat dalam tempat masak. Jadi sepatutnya service diorang cepat, sekurang-kurangnya yang tukang ambil order, tapi saya duduk dekat 5 minit baru ada orang ambik order. Sebelum tu saya dah panggil orang untuk ambil order, tapi orang tu pergi panggil orang lain untuk ambil order dan yang harunya orang tu pun tak datang. Padahal, orang nak makan masa tu tak ramai... Well, lebih kurang macam di Asian Taste jugalah...makanan diorang memang sedap tapi service diorang poor sikit. But bagi u all, saya rekomen Lemon Chicken Rice diorang....

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails