Wednesday, August 4, 2010

KREATIVII MEMBUAT KAD

Kalau diimbas balik zaman sekolah dulu-dulu masa tak ada jual kad harijadi atau handphone, yang menjadi bahan pengantara untuk mewakili diri mengucap sesuatu kepada seseorang adalah samada dalam bentuk surat atau kad rekaan sendiri. Nak beli masa tu belum ada yang jenis murah-murah. Sekarang ni, dah macam-macam bentuk kad dalam pelbagai corak dan jenis serta saiz. Yang bersaiz sebesar bantal pun ada dijual. Lebih mudah lagi dengan menghantar MMS atau 3G dalam pelbagai gambar mahupun tulisan. Anak saya ada meminta untuk di belikan buku bagaimana untuk membuat bermacam-macam jenis kad kerana dia ingin membuat kad sendiri jika ada rakan sekolahnya menyambut harijadi. Nak beli katanya mahal sangat dan tak cantik, buat sendri lagi puas hati....katanyalah. Buku tersebut memang berguna dan banyak corak dan jenis kad boleh anda buat dan sekali imbas, mungkin orang tidak akan tahu bahwa anda membuatnya sendiri.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails