JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, August 4, 2010

JM BERIANI TESCO SHAH ALAM

Bila cakap nasi beriani ni mesti orang akan ingat majlis orang kahwin. Ada yang buat nasi beriani, ada yang buat nasi minyak dan ada juga yang buat nasi putih. Nasi beriani kat Malaysia ni dah macam-macam restoran yang ada seperti JM Beriani, Beriani Power, Beriani Gam, Mat Best Beriani dan macam-macam lagi restoran. Saya ada pergi ke JM Beriani baru-baru ni di salah satu cawangannya di Tesco Shah Alam. Tak silap saya, cawangan utama dia adalah di USJ 18, Subang Jaya dan kemudian telah berkembang kepada beberapa cawangan. J tu bermaksud Jamilah dan M tu bermaksud Mustapha...Mereka ni suami-isteri yang mula-mula memperkenalkan rangkaian masakan beriani mereka. Yang sedap tu dah tentu ayam masak merah dan beriani daging serta air bandung bersoda diorang tu. Cuma saya rasa, ayam masak merah diorang sekarang ni dah tak macam dulu. Dulu, memang rasa macam ayam masak merah majlis orang kahwin, sekarang ni maybe dah di komersial kan, ayam masak merah diorang warna seperti seakan warna kari sedikit....anyway, masih lagi sedap di makan :-)
Beriani Daging & Ayam Masak Merah

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails