JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, August 11, 2010

HARI NI LUNCH DI....

Tinggal meja, orang tak ada.
Oppssss....jangan tertipu dengan tajuk di atas. Sebenarnya hari ni teramat mengantuk sekali. Daripada pagi tadi sampai ke pukul 12 tgh, rasanya boleh kira dalam 100 kali menguap, boleh masuk Malaysia Book Of Record. Yang menambahkan kengatukkan saya adalah apabila auditor pun sedang bertalu-talu menanyakan soalan membuatkan tahap ngantuk saya semakin tinggi...180/120 kalau bacaan darah tinggi. Nak tukar profession dah tak boleh sebab memang daripada dulu sampai sekarang kerja buat akaun je. Pergi kat mana pun memang orang akan letak kat department accounts jugak. Bila cakap pasal profession ni teringat pasal cita-cita masa kecik. Pada asalnya masa sekolah rendah / budak2, cita-cita nak jadi pekerja kilang... sebab apa, sebab arwah ayah masa tu bekerja sebagai supervisor kilang, so tak nampak benda lain...nampak kilang je..so cita2 pun kerja kilang. Naik sekolah menengah, tukar 'taste' nak jadi doktor. Keluar result SPM, doktor hilang title..tak layak nak ambik jurusan medic...so ambil perakaunan. Itulah sejarahnya bagaimana saya terjebak dengan kerja akaun ni..... 

2 comments:

  1. wah wah wahhh~ you're an accountant??

    ReplyDelete
  2. bawah sikit daripada accountant...atas sikit daripada accounts exec...emm macam mana tu?

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails