JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, August 15, 2010

EMPIRE SHOPPING GALLERY SUBANG JAYA

Ruang Legar Empire Shopping Gallery
Lepas saja saya berbuka, kami mengambil keputusan untuk singgah sekejap di Empire Shopping Gallery yang terletak bertentangan dengan Subang Parade ataupun Wisma Consplant. Terdapat banyak tempat membeli belah di sini dan pada masa saya datang, parkingnya masih lagi FREE. Diulangi, parking masih FREE. Macam biasalah, bila dah sampai situ, kerja pertama adalah survey tempat-tempat yang best dan menarik, ditambah berjalan-jalan dengan adik ipar, lagi banyaklah jalannya. Rata-rata, bagi saya, kedai-kedai disitu menjual barangan yang berharga sederhana tinggi, maksudnya susah nak cari harga barangan murah-murah kecuali kalau mereka mengadakan sales.. kecuali bagi restoran-restoran. Antara restoran yang saya kira menarik perhatian saya adalah restoran SERAI EMPIRE yang terletak di ground floor dan restoran BELANGA yang terletak di tingkat pertama. Ada keunikan dan style tersendiri pada appearance restoran tersebut, maybe next time saya akan mencuba pulak masakan diorang atau jika ada di antara anda yang sudah mencuba, maybe boleh beri sebarang komen disini.
Restoran Serai Empire
Restoran Belanga

Cuba anda teka berapa harga set pinggan mangkuk ni? RM14,799.00

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails