JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, August 8, 2010

DEMC BERWAJAH BARU

DEMC Wajah Baru

Sesiapa yang tinggal di Shah Alam pasti akan tahu apa itu DEMC iaitu Darul Ehsan Medical Centre yang dahulunya terletak di Seksyen 9 Shah Alam, bersebelahan dengan Plaza Masalam. Kini DEMC sudah berpindah ke tempat baru dengan bangunan baru yang lagi besar dan di penuhi dengan kemudahan yang lebih canggih serta panoramanya yang mesra alam dan sedap mata memandang... ala santai gitu. Pendek kata, orang sakit kalau datang kat situ boleh baik sebelum jumpa doktor... :-) Anak saya yang ke 2 dan 3 juga di lahirkan di DEMC. Selain daripada panoramanya yang nyaman, ada juga terdapat pelbagai kemudahan lain seperti kedai suratkhabar dan alatulis, restoran kopitiam, cafe ala santai dengan chef2 nya yang handsome...opsss sorry chef, nanti ramai pulak yang nak pergi DEMC bukan sebab sakit, nak pi cafe. Overall, banyak perubahan yang terdapat dalam DEMC selain doktor-doktornya yang pakar dalam bidang-bidang mereka. All the best to DEMC.
Panoramanya ala santai

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails