Saturday, August 14, 2010

BERBUKA NASI LEMAK

Hari ke 3 berbuka, saya dan family makan nasi lemak, tapi bukan masak sendiri, bukan beli di bazaar Ramadhan, saya berbuka di rumah kawan saya di Kota Kemuning. Yang masaknya adalah bibik dia yang bernama Yati. Memang sedap masakan dia terutama sambal ikan bilis dia yang memang kow-kow, di tambah dengan air tebu yang saya beli di bazaar Ramadhan membuatkan selera berbuka semakin bertambah. Dalam masa yang sama ni, kawan saya ada menjemput seorang rakan sekerja dia berbangsa Mexico untuk berbuka sama...Rupa-rupanya kawan dia berbangsa Mexico ni telah berpuasa daripada hari pertama. Katanya nak cuba culture orang melayu dan Islam, seronok jugalah dia melihat makanan terhidang dengan pelbagai jenis juadah seperti nasi lemak dgn sambal ikan bilis, satay, kuih apam balik, tepung pelita, karipap, ayam goreng madu dll.  

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails