JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, August 15, 2010

BERBUKA DI RESTORAN BAWANG MERAH

Restoran Bawang Merah

Hari ni saya dan family berbuka bersama-sama dengan family adik ipar saya di restoran Bawang Merah yang terletak berdepan dengan SDMC ( dahulunya SJMC ) Subang Jaya. Restorannya tak berapa besar tetapi makanannya boleh tahan sedap. Antara yang rata-rata menjadi pilihan pengunjung adalah asam pedas, paru goreng berlada dan ikan keli masak lemak. Hari ni saya cuba lauk hati masak kicap, kangkung ikan masin, ikan keli masak lemak, paru goreng dan tempe goreng. Air mata kucing diorang pun sedap. Satu lagi yang menjadi kegemaran saya di situ adalah pulut durian dia yang memang kow-kow. Selalu saja cepat habis sebab ramai yang 'tapau'...jadi kena cepatlah. Masa saya datang pun, kuih diorang semua dah habis. So saya terpaksa beli kuih daripada luar. Harganya pun tak murah dan tidak terlalu mahal. Saya makan berenam sekali dengan 6 gelas minuman berjumlah RM54.00.
So kalau anda ada melawat sesiapa di SDMC ke atau ada datang ke Subang Jaya, cubalah makan di Restoran Bawang Merah.
Lauk yang kami pilih untuk berbuka

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails