JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, August 11, 2010

BAZAAR OH BAZAAR

Harga naik! Gerai bertambah! Orang penuh! Poket je makin kurang! Bermulalah kerancakan orang membanjiri bazaar Ramadhan, kebiasaannya dalam 2 minggu pertama, memang bazaar akan sentiasa penuh dengan mereka yang tidak berkesempatan untuk memasak di rumah untuk membeli pelbagai lauk dan kuih muih dan salah seorang daripada nya adalah siapa lagi kalau bukan saya :-)
Hari pertama berpuasa, saya pergi ke bazaar Ramadhan di USJ4. Tempat tu memang tapak bazaar Ramadhan sejak daripada beberapa tahun yang lepas dan setiap tahun bilangan gerai dan pengunjung semakin bertambah. Pelbagai juadah seperti ayam percik, masakan selatan, aneka sup, masakan utara dan pantai timur, masakan kampung dan juga barat, semuanya ada di bazaar USJ4. Nampaknya harga gula dan minyak memberi impak kepada harga makanan yang di jual di bazaar kali ni,, tiada lagi kuih dijual dengan 3 RM1 , sebaliknya hampir semua kuih dijual dengan harga 5 RM2....
Nak beli murtabak siap berbaris panjang
Dalam banyak2 gerai di bazaar Ramadhan USJ4, saya perhatikan ada 2 gerai yang mendapat perhatian dan tarikan orang ramai iaitu gerai menjual kuih putu piring dan juga gerai menjual murtabak. Gerai yang menjual murtabak itu siap orang berbaris hampir 30 orang!! Begitu ramai... mesti ada keistimewaan murtabak diorang....
Dalam diam tak diam, hari pertama saya membeli dan berbelanja di bazaar hampir RM40.00!! Bazaar oh bazaar.....  

2 comments:

  1. oh..jgnlah membazir sis..sy masak utk berbuka smlm modalnya RM10 je..alhamdulillah..kenyang kami anak beranak..

    ReplyDelete
  2. thanks dee...biasalah mula2 ni apa saja yang kita tengok memang nak beli saja. Lama-lama nanti kita tengok muka penjual, penjual tengok muka kita... apa tak, asyik beli kat orang sama je..:-)
    Nanti I order mangkuk tingkat dari u..boleh budget sikit.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails