JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, August 12, 2010

BAZAAR OH BAZAAR 2

Bila cakap pasal bazaar Ramadhan ni, mesti "terlebih" belanja akan jadi isu. Apa ke tidaknya, tengok tu nak beli, tengok ni nak beli..last-last semua beli. Bila buka, minum air makan kuih satu terus kenyang..makanan yang beli banyak2 tak sentuh lagi. Berlakulah pembaziran disitu, tapi nak buat macam mana, nafsu makan tu kuat masa tengok makanan yang berwarna warni... ayam pun ada masak merah, masak kuning, masak lemon, masak orange, masak hijau dengan pandan...baru ayam, belum lagi yang lain.
Bila cakap pasal bazaar Ramadhan ni, kalau you all nak tahu, gerai yang paling untung sekali buat duit adalah gerai jual air. Modal tak banyak, cuma bayar tapak ke PBT je yang mahal, dan sebab tu jugak, gerai yang jual air yang "cuti" dulu...balik kampung awal...2 minggu jual dah kaya, tinggallah mereka-mereka yang memang betul2 nak jual air....
Semalam masa saya ke bazaar Ramadhan USJ4, saya ada beli kuih lepat pisang...( bagi resepi lepat pisang dalam blog, tapi pergi beli..) lepas makan heavy tu, nak rasalah lepat pisang.. bila bukak, langsung tak nampak macam lepat pisang..pegang je patah..berderai...kelapa dia bukan main banyak. So, saya tak putus asa, nak makan juga walaupun berderai..patah hati rasanya bila rasa dia langsung tak ada rasa pisang...rasa kelapa dan tiada lain selain rasa kelapa..tulah, kadang-kadang ada setengah-setengah orang ni menjual bukan sebab niat nak menjual tapi sebab nak untung cepat...so aspek rasa makanan tu langsung tak di titik beratkan.. saya tak kira, tahun depan saya pulak nak jual lepat pisang :-)

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails