Sunday, August 1, 2010

LUNCH DI ASIAN TASTE TTDI

Macam biasalah. Hari Sabtu memang hari outing saya dan keluarga. Lunch kali ni saya pergi ke sebuah restoran di TTDI Shah Alam iaitu restoran Asian Taste. Tempat ni ada masuk dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan beberapa minggu yang lepas, so nak jugak lah test tempat ni, ok ke tidak. Sampai di sana dalam pukul 2 ptg. So bila dah duduk tu tgk menu, kita orang pun orderlah. Mintak mee kolok 2, set satay daging + ayam dan mee malindo. Kemudian datanglah pekerja dia cakap satay belum ada. Menu dah cantik siap dengan gambar tapi makanannya tak ada? so saya tukar dengan kuey teow goreng. Pekerja tu pun cakap kuey teow pun tak ada!! Wahhh...takkan restoran masuk tv tapi tapi makanan ada yang tak ada dan ada yang ada? Last-last, saya cuma order 3 makanan yang saya pesan pada awalnya. Nasib baiklah makanan diorang tu boleh tahan rasanya, kalau tak...1st and lastlah jawabnya. Mee kolok tu lebih kurang macam maggi goreng rasanya dan mee malindo tu rasanya macam mee rebus johor atau mee jawa, cuma kuah dia merah sikit...overall the taste is good cuma service dia kurang sikitlah.
Ini dia mee kolok. Harga RM4.90

Ini mee malindo. Harga RM5.90

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails